My Loving FamilY

My Loving FamilY
Our Mini FamiLY

29 October 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Shah Alam 29 Okt. - Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2 - 1 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam malam ini.


Tahniah buat Negeri Sembilan (,")

But tidak dilupakan...sekalung tahniah kepada Negeri Terengganu... ( bola itu bulat kan...)

27 October 2011

Nak Sign Boleh (,")


Perasan tak saper tue... yang tersenyum nampak gigi tue... hihihi... Glamer lah ye papa aqil nie... keluar tv kat arena sukan lagi... leh mintak sign tak bang.. (,")

Kehangatan piala malaysia yang akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Negeri Terengganu Vs Negeri Sembilan pada 29 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam...





23 October 2011

S.U.R.P.R.I.S.E

* BLUEEBERY CHEESE CAKE* special made by my lovely hubby (,")


with mastermind kak zura... thanks kak (,")


tak nampak umur 30thn kan..kan..kan..baik korang kata yea...


* i like this picture so much... mama sayangggggggggggggggggggggg papa dan icad very strong *

yupp i'm so suprise bile tetiba ada yang delivery cheese cake kat opis...but ai know who !!! tak payah nak susah2 nak teka...coz its from my hubby. thanks sayang...sungguh mama terkejut ngan suprise papa tue tau...dok tersengih2 aje time potong kek tue... time mama call papa tuk ucap thanks pun leh tersengih2 tp airmata mengalir..hahahaha..drama melayu kaedahnye.

Actually my hubby dh berpakat ngan my opismate... dia delivery cake tu kat my opismate. tp tup..tup...my hubby dtg opis siap bwk my son... lglah ai suke..yelah kan... sambut besday kat opis with my lovely family... selamat on that day kat opis ada gotong royong..and thanks god my bos pun in a good mood.

Anyway...thanks papa coz bersusah payah membaking blueberry cheese cake for me... mama sgt2 hargai nye. and ikhlas mama katakan kek tue mmg superb sedap...tak caya tanye budak2 opis mama...derang siap suh papa watkan lagi.... tp tue lah kan..once papa buat kek tue dengan penuh kasih sayang..so sedaplah rasa kek tue..




Age is just a number :)

Kuang..Kuang..Kuang

Tajuk takleh blah...nak cover coz umur dh masuk 30 thn. selamat tinggal angka 2 so skrg dh makin tuo kaedahnye... tp ai maintain muda ok.. umur sekadar angka je ek. hahaha..masih tidak boleh menerima kenyataan diri dh masuk 3 series. apa2pun masih lagi bersyukur diatas kurniaan yang diberikan oleh Allah s.w.t dan masih memberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Menjadi seorang anak, isteri, mama dan kawan kepada insan sekeliling aku... moga dengan pertambahan usia, maka dpt mematangkan akal fikiran aku serta membuat yang lebih terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga. apa yg penting...aku sgt2 bersyukur kerna aku dikurniakan keluarga yang amat aku sayangi yang sentiasa berada disisi menemani aku...walaupun kehidupan ini tidak lari daripada sebarang masalah. mungkin apa yang terjadi itulah membuatkan kita bertambah matang seiring dengan usia. hmmm... alhamdullilah dan semoga doa org yang teraniaya sentiasa dimakbulkan..AMIN


BILA ISTERI MENANGIS….

BILA ISTERI MENANGIS….

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami²,
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami²,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya…

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya…

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

22 October 2011

ABIS SUDAH JUALAN.....



Terima kasih tidak terhingga pada mereka2 yang membeli choc moist cake and puding triffles kami yea...kalau nak repeat order leh hubungi ejan yea...hihihih. ai lupa nak wat name card lah.

inilah gerai kami...kami berkongsi 3 org...ai ( tp ai takde but my hubby ada) ejan dan akak rentis akhak geli ada sama menjual disana...ai takleh nak join sama coz on that day ai mmg amat2 bz...rasa rugi tak dpt join they all menjual muka...opss...barang. thanks pada mamalyna tokey crabstick coz pelawa kami tuk join di gerai dia on that day. next time kite joint venture lagi...

tokey kepok dan tokey crabstick dok tunggu customer.... wah glamer korang ek. alamak mana gamba my SUPERPAK....to my hubby..thanks u sayang coz bantu ai dlm membaking dan membuat triffles...actually time membaking mmg dia wat sowang2 untill 4 am...kesian dia. ... and i love u so strong lar papa...insyallah...kalau ada rezeki lagi kita berniaga cam gini lagi yea..


and pada sesiapa nak order choc moist cake/puding triffles/muffins/blueberry cheesecake leh call ai ditalian ; 012-6797567 / 0172257375...leh juga pm kat fb kami : robitah hanum / azizul hakim

18 October 2011

JUALAN PUSPANITA

Sukacita dimaklumkan kepada kengkawan semua bahawa satu
JUALAN PUSPANITA akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh : 20 Oktober 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Perkarangan antara MOF dan Bahagian Pinjaman Perumahan

Semasa jualan nanti ai, my pren EJAN & NOWA akan berniaga disana....

oleh yang demikian, tuan/puan adalah dijemput hadir dan membeli belah di gerai kami...

MACAM-MACAM ADA....rugi sape x dtg...coz ada




Keropok Keping Ikan Tamban Kampung Kuala Pahang, Pekan.



Kerepek Ubi Pedas Desit dan Kacang Bersalut Krup Krap




Tidak lupa jugak Crabstick Popia