My Loving FamilY

My Loving FamilY
Our Mini FamiLY

01 December 2011

saya dah tengok OMBAK RINDU...!!!!! TERBAIKKK



Thanks to my hubby coz belikan tiket dan sudi sama2 tengok citer nie.. ai LIKE. (,")...

Secara keseluruhan, ai berikan filem ini 5 * bintang! dan ai leh katakan yang filem Ombak Rindu arahan Osman Ali ini merupakan antara filem terbaik pada tahun ini.. TAHNIAH pada penulis novel Fauziah Ashari kerna berjaya mengilhamkan sebuah novel melayu yang terbaik.

Paling ai suka pada watak Aaron Aziz yang memegang watak Hariz. Hariz cukup meyakinkan terutama pada babak seorang lelaki bengis yang akhirnya tunduk pada harapan Izzah. Lakonan Aaron yang lebih berwarna pada kali ini jelas sekali dipersembahkan dengan cukup baik oleh pelakon tersebut. Sebagai penonton, ai terpengaruh untuk membenci Hariz pada saat dia mempergunakan Izzah bagi melampiaskan nafsunya, dan emosi itu boleh bertukar sekelip mata apabila Hariz berubah kepada seorang yang penyayang terhadap isterinya. Setiap kali airmata aaron mengalir.. setiap itu jugak airmata ai turut sama mengalir..

Maya karin yang memegang watak Izzah turut berjaya membawa menghayati lakonan sebagai gadis kampung...

pada korang2 yang tak gi lagi... aku suggest kan.. korang gi lah tengok citer nie.. mmg ar ada sket scene2 yg agak keterlaluan.. tp itu ok lah bagi yang dah kawin2 kan... oppss... hubby ai kata.. ai LIKE.. hihihi



Sinopsis Ombak Rindu:

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya... NAK TAHU... BAIK KORANG GI TENGOK... KANG AKU CITER KAN SINI ILANG PLAK SUPRISE...


2 comments:

  1. best erkkk..?
    sy blom tgk lagi la..
    kat kuala teganu mane der pawagam, sssgggt la payah..
    kena pegi kerteh baru ade.. huhuhu

    kena tgu vcd release le gamaknyer.. ;-p

    ReplyDelete
  2. ye ke best, takleh jadi nih, huhuuu...ble ek nak pi...takpe la..leh tahan lagi, hehehehe...

    ReplyDelete