My Loving FamilY

My Loving FamilY
Our Mini FamiLY

22 December 2011

SPBA DITANGGUHKAN !!!!

PM BERSETUJU TANGGUH SPBA





korang leh baca kat sini

20 December 2011

Bila dah termengidam....

Makanye minta hubby belikan buah durian. Mana tahan ngan baunye kan.. so rasa keinginan nak makan tue pun melonjak..balik dari berkelah di Air Terjun Sg. Tekala, Semenyih en. hubby pun berhenti lah tepi jalan tuk beli buah durian nie.. selonggok ada 6 biji rm15.. ai leh siap tawar -menawar lagi.. tp hubby kata.. ma.. dah murah lah.. oppss... saje jea test kot2 makcik tue kasik rm10 ker... apa2 pun.. tak sabar nak makan .. sampai umah terus hubby kopek kan durian nie... maklumlah.. dh sejuk2 berendam kat dlm sungai.. so kite panaskan badan ngan durian plak.. terbaik...


and bila dh puas mkn.. tinggal lar 2 bijik lagi yang tinggal.. so apa lagi.. suh hubby beli kelapa then ai leh wat serawa durian.. but hubby tak gemar sgt kalau dh wat serawa nie.. so ai jelah yg makan. mmg ar sedap kalau kuah durian mkn ngan pulut.. tp pulut nan ado.. roti gardenia pun jalan... and ada lebih lagi serawa durian ai bwk ke opis siap package roti.. apalagi kenduri kuah durian plak kat opis.. semerbak bau durian wei.. hihihi..





* pehhh.... sedap hingga menjilat jari u...*

Kini telah dibuka...



Last week ai ada Up citer pasal Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14 yang akan beroperasi kan.. and now.. Klinik tersebut telah beroperasi dan sesiapa yang ada rasa tak sihat leh lar gi sini. setakad nie kami sekeluarga belum lagi merasmikan diri di Klinik nie... alhamdullilah kesihatan kami sekeluarga amat lah didalam keadaan yang sihat dan baik2 belaka. hope dengan ada kemudahan yang telah disediakan, memberi kesenangan kepada penduduk disekitar Presint 14 dan kawasan2 yang berdekatan...

11 December 2011

" KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA PRESINT 14"



OPENING SOON !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


info yang sangat berguna kepada mereka-mereka yang tinggal dikawasan Presint 14 & 15

Tidak lama lagi akan mula operasi Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 14 , Blok E... sgt2 dekat ngan umah we all.. waktu operasi dari jam 8.00 pagi until 5.oo ptg. Jenis Perkhidmatan yang diberikan untuk Rawatan Pesakit Luar & Kes-kes ringan sahaja.

So after this kalau setakad demam+batuk+ selsema or cirit birit leh gi sini jea.. tak perlu ke Presint 9 or Presint 3. Dapat mc terus balik umah..hihihihi

*

01 December 2011

saya dah tengok OMBAK RINDU...!!!!! TERBAIKKK



Thanks to my hubby coz belikan tiket dan sudi sama2 tengok citer nie.. ai LIKE. (,")...

Secara keseluruhan, ai berikan filem ini 5 * bintang! dan ai leh katakan yang filem Ombak Rindu arahan Osman Ali ini merupakan antara filem terbaik pada tahun ini.. TAHNIAH pada penulis novel Fauziah Ashari kerna berjaya mengilhamkan sebuah novel melayu yang terbaik.

Paling ai suka pada watak Aaron Aziz yang memegang watak Hariz. Hariz cukup meyakinkan terutama pada babak seorang lelaki bengis yang akhirnya tunduk pada harapan Izzah. Lakonan Aaron yang lebih berwarna pada kali ini jelas sekali dipersembahkan dengan cukup baik oleh pelakon tersebut. Sebagai penonton, ai terpengaruh untuk membenci Hariz pada saat dia mempergunakan Izzah bagi melampiaskan nafsunya, dan emosi itu boleh bertukar sekelip mata apabila Hariz berubah kepada seorang yang penyayang terhadap isterinya. Setiap kali airmata aaron mengalir.. setiap itu jugak airmata ai turut sama mengalir..

Maya karin yang memegang watak Izzah turut berjaya membawa menghayati lakonan sebagai gadis kampung...

pada korang2 yang tak gi lagi... aku suggest kan.. korang gi lah tengok citer nie.. mmg ar ada sket scene2 yg agak keterlaluan.. tp itu ok lah bagi yang dah kawin2 kan... oppss... hubby ai kata.. ai LIKE.. hihihi



Sinopsis Ombak Rindu:

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya... NAK TAHU... BAIK KORANG GI TENGOK... KANG AKU CITER KAN SINI ILANG PLAK SUPRISE...