My Loving FamilY

My Loving FamilY
Our Mini FamiLY

04 October 2013

I'm Back !!!

Assalamualaikum ...



testing.. 1 2 3...

adui... rasa janggal coz lama sgt tak berblogging. hampir setahun lebih rasa Nye tak buka blog nie. mmg dah bersawang  lah.. Tetiba rasa nak menulis balik plak.. in sha allah akan cuba untuk update sekerap yang mungkin after this..

OMG !!!... no idea lah nak tulis apa.........

Pliss idea come to Mama.... (, ")

24 February 2012

Karnival Wow Putrajaya 2012

14 February 2012

"TANDOORI PASTE"

MEH SINI KENGKAWAN SEMUA....


MUDAH DAN SEDAP...


MEH TRY "TANDOORI PASTE" NIE...


TAK PERLU SUSAH2 TUK HIRIS2 BAWANG BAGAI...

SEMUA DH ADA KAT DALAM NIE...


CUMA KORANG PERLU...


PERAPKAN 1.5 KG AYAM DENGAN 180G PERENCAH TANDOORI SELAMA 15 - 20 MINIT.. KEMUDIAN PANGGANG SELAMA 15 - 20 MINIT JUGE...


THEN.. TERUS LEH MAKAN.... PEHHHH.. MUDAH KAN...


BUKAN SAHAJA AYAM.. TUE PERAPKAN IKAN PUN SODAPPPPPPPP





TARAAAAAAAAAAAAA.............



PESANAN PENAJA : IF KORANG TAKDE OVEN.. JGN RISAU... ITU TAK MENJADIKAN SATU MASALAH BESAR.. CUMA KORANG PERLUKAN KUALI YANG DITARUH SEDIKIT MINYAK.. THEN MASUKAN AYAM / IKAN YANG TELAH DIPERAPKAN.. KEMUDIAN TUTUP KUALI KORANG TUE..



11 February 2012

1st Holiday in Year 2012

Fuh... dh lama tak mengupdate blog nie.. dh berhabuk + bersawang...
nak wat camner... bz kononye...

Ok... kite mulakan penulisan tahun 2012 nie dengan kisah percutian kami sefamily ke Kuching, Sarawak.. again...Hihihi actually, last year dh gi masa tue gi ngan mother and father inlaws.. but this time.. kami gi bercuti 3 beranak aje... gi pun dengan tiket airasia promo 2011. Percutian kami hanya 3 hari 2 malam aje.. gi ari sabtu pagi.. senin ptg dh balik putrajaya.. walaupun singkat tp kami sefamily seronok sangat...

Niat kali nie.. xmau shopping apa2 pun.. coz nak gi jenjalan aje.. coz last year tak byk tempat pun kami pergi.. so this trip kasik all out...


Ku ingin Terbang... tinggi di awan....

Parking kete kat dpn kawasan lapang putrajaya sentral...then naik erl from putrajaya sentral ke salak tinggi.. and kat situ bas dh sedia menunggu.. so naik bas plak ke lcct... mudah dan murah = rm5.50 aje...(,")

Dah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.. adik hubby dh setia menanti kami... gi lunch dulu.. perut dh lapor... then after makan kite terus mulakan aktiviti mengukur kuching yea... 1st place.. melawat muzium kuching...

budak yang semangat waja... mmg x reti penat. selamat dia behave aje dlm flight... memula main jugak.. tp at last terus... zzzzzzzzzzzzzz

Then kite terjah ke Muzium Kucing plak yea.. kalau nak tau asal usul kucing leh dtg sini.. mcm2 bentuk dan jenis kucing ada kat muzium nie... tp pic takde.. coz x dibenarkan...hhuuhuhuhu...

Malam plak kite gi pasar malam kat satok.. shopping apa yang patut ( eh kata xde shopping)...hihihi.. tp x shopping byk coz rege kat satok mahal.. better beli kat deret kedai kat waterfront tue... tul tak anty liza...lepas gi satok..kite lepak plak kat waterfront... cam ada dataran.. ramai org kat situ.. kat situ..kami main lastik lapu... hmm.. camner ek nak explain... kite lastik then bila dia turun cam ufo then keluar lampu2... (korang paham tak)..hihi... lama gak lepak situ... coz rasa happening plak.. icad dok main car ben10 yang dia pau time gi pasar satok...




03 January 2012

Tahun 2012

Assalammualaikum...



Ya Allah


Satukanlah Hati Kami dengan iman taqwa dan keyakinan kepadamu.

Jadikanlah Azizul Hakim b. Muhammad suami yang soleh yang sentiasa memimpin dan Robitah Hanum bt. Abdul Khalin isteri yang solehah, yang sentiasa membantu.

Kurniakanlah kami rezeki yang diberkati dan zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.

Semoga kehidupan kami dilimpahi dengan sakinan, mawadah Ar-Rahman serta Nur Iman


AMIN


Selamat tinggal tahun 2011... moga tahun ini memberi sinar baru buat kami sekeluarga


semoga tuhan sentiasa melindungi keluarga kami daripada anasir2 yang jahat...dan berikanlah kami peluang untuk bersama bahagia kekal hingga akhir hayat... amin


22 December 2011

SPBA DITANGGUHKAN !!!!

PM BERSETUJU TANGGUH SPBA





korang leh baca kat sini

20 December 2011

Bila dah termengidam....

Makanye minta hubby belikan buah durian. Mana tahan ngan baunye kan.. so rasa keinginan nak makan tue pun melonjak..balik dari berkelah di Air Terjun Sg. Tekala, Semenyih en. hubby pun berhenti lah tepi jalan tuk beli buah durian nie.. selonggok ada 6 biji rm15.. ai leh siap tawar -menawar lagi.. tp hubby kata.. ma.. dah murah lah.. oppss... saje jea test kot2 makcik tue kasik rm10 ker... apa2 pun.. tak sabar nak makan .. sampai umah terus hubby kopek kan durian nie... maklumlah.. dh sejuk2 berendam kat dlm sungai.. so kite panaskan badan ngan durian plak.. terbaik...


and bila dh puas mkn.. tinggal lar 2 bijik lagi yang tinggal.. so apa lagi.. suh hubby beli kelapa then ai leh wat serawa durian.. but hubby tak gemar sgt kalau dh wat serawa nie.. so ai jelah yg makan. mmg ar sedap kalau kuah durian mkn ngan pulut.. tp pulut nan ado.. roti gardenia pun jalan... and ada lebih lagi serawa durian ai bwk ke opis siap package roti.. apalagi kenduri kuah durian plak kat opis.. semerbak bau durian wei.. hihihi..





* pehhh.... sedap hingga menjilat jari u...*

Kini telah dibuka...



Last week ai ada Up citer pasal Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14 yang akan beroperasi kan.. and now.. Klinik tersebut telah beroperasi dan sesiapa yang ada rasa tak sihat leh lar gi sini. setakad nie kami sekeluarga belum lagi merasmikan diri di Klinik nie... alhamdullilah kesihatan kami sekeluarga amat lah didalam keadaan yang sihat dan baik2 belaka. hope dengan ada kemudahan yang telah disediakan, memberi kesenangan kepada penduduk disekitar Presint 14 dan kawasan2 yang berdekatan...

11 December 2011

" KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA PRESINT 14"



OPENING SOON !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


info yang sangat berguna kepada mereka-mereka yang tinggal dikawasan Presint 14 & 15

Tidak lama lagi akan mula operasi Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 14 , Blok E... sgt2 dekat ngan umah we all.. waktu operasi dari jam 8.00 pagi until 5.oo ptg. Jenis Perkhidmatan yang diberikan untuk Rawatan Pesakit Luar & Kes-kes ringan sahaja.

So after this kalau setakad demam+batuk+ selsema or cirit birit leh gi sini jea.. tak perlu ke Presint 9 or Presint 3. Dapat mc terus balik umah..hihihihi

*

01 December 2011

saya dah tengok OMBAK RINDU...!!!!! TERBAIKKK



Thanks to my hubby coz belikan tiket dan sudi sama2 tengok citer nie.. ai LIKE. (,")...

Secara keseluruhan, ai berikan filem ini 5 * bintang! dan ai leh katakan yang filem Ombak Rindu arahan Osman Ali ini merupakan antara filem terbaik pada tahun ini.. TAHNIAH pada penulis novel Fauziah Ashari kerna berjaya mengilhamkan sebuah novel melayu yang terbaik.

Paling ai suka pada watak Aaron Aziz yang memegang watak Hariz. Hariz cukup meyakinkan terutama pada babak seorang lelaki bengis yang akhirnya tunduk pada harapan Izzah. Lakonan Aaron yang lebih berwarna pada kali ini jelas sekali dipersembahkan dengan cukup baik oleh pelakon tersebut. Sebagai penonton, ai terpengaruh untuk membenci Hariz pada saat dia mempergunakan Izzah bagi melampiaskan nafsunya, dan emosi itu boleh bertukar sekelip mata apabila Hariz berubah kepada seorang yang penyayang terhadap isterinya. Setiap kali airmata aaron mengalir.. setiap itu jugak airmata ai turut sama mengalir..

Maya karin yang memegang watak Izzah turut berjaya membawa menghayati lakonan sebagai gadis kampung...

pada korang2 yang tak gi lagi... aku suggest kan.. korang gi lah tengok citer nie.. mmg ar ada sket scene2 yg agak keterlaluan.. tp itu ok lah bagi yang dah kawin2 kan... oppss... hubby ai kata.. ai LIKE.. hihihi



Sinopsis Ombak Rindu:

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya... NAK TAHU... BAIK KORANG GI TENGOK... KANG AKU CITER KAN SINI ILANG PLAK SUPRISE...


30 November 2011

"Ombak Rindu"

Besok mula Tayangan citer Ombak Rindu nie kan....sure ramai yang menantikan cite nie coz novel nye dulu mmg meletup

Bolehkan Maya Karin membawa watak Izzah dengan baik !!!!!!!! nantikan kemunculan ombak rindu ini besok dipawagam... cis.. dh mcm iklan tv plak...

aNd tommorow my hubby and i akan dating tuk tgk citer nie.. actually saje2 je ajak my hubby layan citer nie.. memula mmg dia kata xmau ar... tak best tgk citer melayu... hati ai dh bengkak je... huhuhu punah harapan nak tgk wayang... bukan xleh tgk wayang ngan kengkawan.. tp entahlah.. once dh kawin nie mmg tak pernah lagi keluar suka suki ngan kengkawan.. kalau gi mana2 pun sure hubby ada sama and of coz my son akan polo... but kenkadang ai dan hubby memerlukan waktu tuk berdua-duaan..hihihi.. mood feeling ala2 bercinta kan... so tak disangka2 my hubby dengan berhati mulia telah menempah tiket tuk tengok citer nie esok... SUPRISE !!!!!

Thanks darling... u nie romantik ala jentik2 jugak kan.. u pun layan novel nie kan... kan.. kan..

p/s: icad kasi can mama dan papa dating ye...

29 November 2011

Selasa Nan Indah...

lama tul x update blog.. citer gi CH pun leh tergantung... nak wat camner... bile lappy telah di ambil alih oleh anak tersayang... papa nye pun xde can nak pegang lappy... anak dh pandai operate lappy dengan sendirinya.. kalau setakad nak cari games mmg dh terror... apatah lagi kalau nak buka movie peberet icad iaitu transformers... sah2 dia dh pandai... makanye papa dan mama layan lah tv.. but once icad dh boring ngan lappy dia akan beralih arah ke kartun di tv plak.. so berebut lah pulak si mama dan si papa tuk mengadap lappy... dan selalunye papa lah yang menang...huhuuhuhu... selamat dh ada handphone baru skrg... leh melayari internet ngan SAmsung Wonder...hihihihi...

Motif entry ni.. just nak bgtau.. ada tepon baru kah... hihihihi..

saje je kan... (,")

21 November 2011

Cameron Highlands with L.O.V.E Part II

Bismillahirrahmanirrahim

111111 bermula perjalanan kami ke CH untuk menghadiri majlis perkahwinan cousin ai kat Mardi, Tanah Rata. so excited nak attend wedding ala2 garden wedding lagi2 buat kat tempat sejuk kan. all my family, my antys and uncles and cousins akan berkumpul di atas bukit tue. and of cos lah kan... dpt bercuti with my hubby dan my son kat cameron tue... feeling honeymoon disitu.. but kali nie dah ada anak sorang... bak kata my pren "Babymoon"..hihii..

Kami gerak dari putrajaya jam 11am dan papa decide tuk naik CH ikut jalan Tapah. Sungguh mencabar wei ikut jalan simpang siul nie..ngan jalan yang sempit, lereng bukit, dengan hujan yang turun dan drebar lori yang bwk cam hampeh. huhuhu... but syukur alhamdullilah kami selamat sampai ke puncak bukit dengan selamat...



* Mr. Hubby a.k.a driver terbaik for us... 1st time papa guna jalan tapah ni tuk naik CH... Good Job Pa...*


ini budak mmg akan tdo bila tayar kete bergolek... sangat excited bila we all kata nak gi bercuti.. and so excited nak petik strawberry katanye... (,")


12 November 2011

Cameron Highlands with L.O.V.E

Bersiaran secara langsung di Cameron Highlands (,")

Feeling "Nora Eleena" yea Kengkawan...

Opppss... baru dpt sekutum bunga ros from my lovely hubby... (jgn jelous u)


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hujan baru lepas berhenti... dan feel so cool rite here...

simple update coz mata dh mengantuk..

Good Nite Cameron Highlands (,")

09 November 2011

.: Wordless Wednesday.:



~ Kenangan Terindah 2008~

06 November 2011

Kesempurnaan & Pengorbanan

Apakah aku telah byk berkorban....

menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.

Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.

Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.


Terdetik di hati.... adakah cukup pengorbanan yang aku berikan selama ini..

05 November 2011

Salam AidilAdha (,")



Salam AidilAdha Dari Kami Sekeluarga\


* kami sekeluarga beraya di Putraya aje tahun nie... insyallah akan pulang ke ipoh & terengganu minggu depannye...semoga diberi kesempatan...coz rindu tak terhingga dengan my parents dan keluarga..(,")


01 November 2011

Don`t Give Up !!



Go Go ChaiYok..(,")






011111 cantik kan date arini... tp mmg takde makna apa2 pun dlm idup aku. tp apa yang penting bulan November nie... adalah bulan kelahiran anak kesayangan kami. 14/11/2011 genaplah 3 thn umur Muhammad Aqil Irsyad b. Azizul Hakim. dh besar anak mama sorang nie kan... dan makin bijak dan cerdik. ada aja benda baru yang dibuatnye. Dialah permata hati mama... dan disebabkan dialah mama takan GIVE UP... walau apa2 pun yg terjadi...kamulah kekuatan mama. Biar susah mana pun ujian mama tuk membesarkan kamu... tp kamu adalah org yang terpenting dlm idup mama... selagi mama idup..mama akan cuba buat yang terbaik untuk kamu... kerna mama takde harta selain kamu " harta yang tidak ternilai..."

29 October 2011

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Shah Alam 29 Okt. - Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan Terengganu 2 - 1 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam malam ini.


Tahniah buat Negeri Sembilan (,")

But tidak dilupakan...sekalung tahniah kepada Negeri Terengganu... ( bola itu bulat kan...)

27 October 2011

Nak Sign Boleh (,")


Perasan tak saper tue... yang tersenyum nampak gigi tue... hihihi... Glamer lah ye papa aqil nie... keluar tv kat arena sukan lagi... leh mintak sign tak bang.. (,")

Kehangatan piala malaysia yang akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Negeri Terengganu Vs Negeri Sembilan pada 29 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam...